Selasa, 25 September 2012

Esok Masih Ada???

Hari ini terbaca satu laporan di dalam suratkhabar tempatan mengenai perkembangn perekonomian negara. Menurut laporan yang dibuat, ekonomi negara secara purata telah menurun 0.3 peratus setiap tahun sejak 2007 hingga 2010. Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi BEDB di mana beliau seterusnya mengatakan bahawa angka tersebut adalah lebih jauh rendah dari sasaran negara sebenar iaitu 5 hingga 6 peratus. Laporan penoh boleh dibaca di sini.

Sesungguhnya perkara ini sudah diagak sejak sekiannya. Jika diperhatikan akan coretan-coretan yang lepas perkara pertumbuhan ekonomi negara sudah beberapa kali dibangkitkan dan persoalkan. Berbagai data dan fakta telah diberikan bagi menguatkan bahawa negara akan tersasar dalam jangkan pertubuhan KDNK. Dan sekarang hasilnya sudah jelas kelihatan - pertumbuhan KDNK 6 peratus setiap tahun tidak kesampaian.

Untuk mendapatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, semua orang perlu akur dengan kenyataan berikut:

KDNK = BELANJAWAN KERAJAAN + BELANJAWAN PENGGUNA + PELABURAN PERSENDIRIAN + EKSPORT BERSIH

Formula di atas bukanlah hasil ciptaan persendirian. Ianya adalah formula universal dan diperakui oleh semua pakar ekonomist. Malah JPKE sendiri menggunakan formula di atas dalam membuat laporan KDNK negara. Jadinya kenapa sebilangan masyarakat masih tidak mahu menggunakan formula di atas di dalam merangka pertumbuhan ekonomi negara?

Jika negara mengamalkan dasar lebihan belanjawan, rakyat dan penduduk dibelenggu dengan beban hutang dan aliran wang tunai yang terhad, mempunyai pelaburan yang minima dan hanya mengharapkan lebihan dagangan luar, apakah negara boleh mengharapkan pertumbuhan ekonomi 5~6 peratus setahun? Jelas sekali, tentu tidak kan?! Apa yang jelas, untuk mendapatkan ekonomi yang diharapkan, negara perlu menilai semula dasar kewangan yang ada. Bak pepatah....Growing economy needs growing supply of money.....

Renung-renungkanlah, apa esok masih ada?