Pada ketika ini pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui APTK sedang mengadakan Temasya Pekerjaan Sektor Swasta di BRIDEX, Jerudong. Temasya tersebut bermula dari 8 hingga 13 September 2012. Menurut laporan yang dibuat, sejumlah 93 firma swasta telah menyediakan 2,000 jenis peluang perkerjaan. Laporan penuh boleh dibaca di sini.
Yang menarik perhatian ialah kata alu-aluan yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi, Afero Eswandy Mohamad mengenai pentingnya orang Brunei untuk mengenapikan sikap suka memilih perkerjaan. Sesungguhnya kata-kata sedemikian menunjukan bahawa sebilangan masyarakat negara ini masih mempunyai padangan yang agak serong terhadap para pencari kerja di dalam negara ini.
Seperti yang pernah dicoretakan sebelum ini, para pencari kerja di negara ini, rata-ratanya tidak memilih perkerjaan. Mereka cuma memilih gaji yang ditawarkan oleh pihak majikan. Itu saja. Bayangkan sahaja jika seorang itu mendapat gaji B$300 sebulan, apakah gaji tersebut mampu membina kehidupan di dalam negara ini? Itu belum lagi ditolak dengan TAP, SCP, makan, perjalanan dan sebagainya. Dengan kos kehidupan yang sentiasa meningkat setiap bulan seperti mana yang dilaporkan oleh JPKE, apakah gaji minima yang diberikan pleh pihak swasta selama ini dapat memberi makna kepada si perkerja?
Bercakap mengenai pemberian gaji minima yang tidak selaras dengan taraf kehidupan telah mengingatkan kepada satu perambahan inggeris yang berbunyi "Pay Peanuts, You Get Monkeys"....dan terus terang dikatakan semua orang bukanlah monyet.
Bercakap mengenai pemberian gaji minima yang tidak selaras dengan taraf kehidupan telah mengingatkan kepada satu perambahan inggeris yang berbunyi "Pay Peanuts, You Get Monkeys"....dan terus terang dikatakan semua orang bukanlah monyet.
Fikir-fikirlah...........