Rabu, 5 September 2012

Dua Alam

Hari ini terbaca di dalam suratkhabar tempatan mengenai 2 buah cerita yang agak menarik. Kedua-dua kisah yang dipaparkan berkisar mengenai perbelanjaan yang diperlukan dalam memangkin pertumbuhan ekonomi yang sihat bagi sesebuah negara. Namun begitu kedua-dua kisah mempaparkan pandangan yang agak berbeza.

Mengikut keterangan Pengarah Urusan Bank Islam Brunei Darusaalam, Javed Ahmad, kebergantungan sepenuhnya terhadap pihak awam dalam pembangunan infrastruktur adalah amat mencabar dan ianya boleh sahaja terkengkang oleh kadar hasil pendapatan negara. Beliau menambah lagi, sektor swasta mempunyai peranan yang penting dalam meningkatkan kecekapan jika sesuatu projek itu dilakukan secara usahasama di antara awam dan swasta (private public partnership - PPP) membawa keuntungan. Laporan penuh boleh dirujuk di sini.

Itu dia tuan-tuan dan puan-puan, pandangan pihak swasta dalam hal pembangunan negara. Untung mesti difikirkan. Yang hebatnya lagi ialah mempunyai tanggapan yang perbelanjaan negara sama seperti dengan perbelanjaan swasta ataupun isi rumah.

Kisah kedua pula yang menarik perhatian ialah usaha negara Korea Selatan dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara mereka. Baru-baru ini, Kerajaan Korea Selatan telah meluluskan sejumlah peruntukan US$2 billion untuk perbelanjaan awam. Sebelum ini mereka telah meluluskan US$7 billion bagi perkara yang sama. Menurut keterangan Menteri Kewangan Korea Selatan, Bahk Jae-wan lagi, Kerajaannya boleh sahaja menggerakan 2.4 trillion Won tanpa menjejaskan belanjawan negara. Perkara ini boleh dibaca sepenuhnya di sini.

Tu dia tuan-tuan dan puan-puan, macam nada bah usin atu dibuat dan dibelanjakan. Nda alang-alang sekali berbelanja janji ekonomi negara terus bergerak maju. Jangan alang-alang menyaluk pekasam ani, nya orang.

Membaca kedua kisah ini membuatkan hati ini bertanya - apakah negara boleh menjadi 10 negara teratas di dalam dunia seperti yang dianjurkan dalam wawasan negara 2035 jika sebilangan daripada rakyat dan penduduk negara mempunyai pandangan seperti Pengarah Urusan BIBD ataupun mempunyai fikiran seperti Menteri Kewangan Korea Selatan?

Renung-renungkanlah.............