Sesungguhnya, perbelanjaan bukan sahaja cara yang tepat dalam mengembangkan ekonomi tapi ianya adalah satu-satunya cara yang terbaik. Lagipun, apa dia "ekonomi"? Bagi kebanyakan pakar ekonomi, ianya merupakan angka mudah (simple numbers). Kita gunakan Produk Domestik Kasar negara (KDNK ataupun GDP) sebagai pengukur kepada "ekonomi". Jadinya darimana datangnya KDNK ini?
Terdapat berbagai cara untuk mengira KDNK dan setiap kaedah yang direka itu, pasti akan menghasilkan jawapan yang sama. Kaedah yang paling popular dalam pengiraan KDNK adalah dengan berdasarkan perbelanjaan. KDNK pada asasnya mengukur jumlah keseluruhan perbelanjaan (total spending) pada harga pasaran ke atas barangan dan perkhidmatan yang ada. Dalam erti kata lain, KDNK mengira berapa banyak wang yang dibelanjakan oleh kitani.
Tetapi siapakah "kitani" itu? Kita semua. Abiskita dan saya termasuk jiran dan kawan kitani adalah golongan sektor isi rumah di mana Perbelanjaan Penggunaan (Consumption Spending) kitani biasanya mencakupi kira-kira 34 peratus daripada perbelanjaan KDNK negara.
Sektor perniagaan adalah penting juga kerana kerana darisitulah pengiraan Perbelanjaan Pelaburan (Investment Spending) datang - kilang, gedung perniagaan, komputer dan jentera yang digunakan untuk membuat sesuatu benda atau perkara. Perbelanjaan Kerajaaan (Government Spending) juga termasuk di dalam perkiraan KDNK kerana mereka membayar gaji, menempah bekalan, membeli kapal perang, membuat sekolah dan lain-lain. Selain daripada itu, perbezaan diantara Eksport dan Import negara - Eksport Bersih (Net Exports) meyumbang sebagai komponen terakir di dalam pengiraan KDNK sesebuah negara.
Berasaskan kepada perkara di atas, semua itu boleh dijadikan formula mathematik seperti berikut:
KDNK = Perbelanjaan Penggunaa + Pelaburan + Kerajaan + Eksport Bersih
1. Perbelanjaan penggunaan
2. Perbelanjaan pelaburan
3. Perbelanjaan Kerajaan
4. Eksport Bersih
Dalam erti kata yang lain, tanpa adanya peningkatan dalam jumlah perbelanjaan kepada salah satu (atau beberapa gabungan) komponen di atas, papat kuku ani kalau KDNK boleh ditingkatkan.
Itu baru perkara yang senang! Sekarang perkara yang susah pula....
Aneka pilihan (multiple choice) - Siapakah yang mempunyai keupayaan untuk membawa negara keluar dari kelembaban ekonomi?
a. Sektor isi rumah.
b. Sektor perniagaan.
c. Sektor Kerajaan.
d. Sektor Asing. (4 Markah)
Renung-renungkanlah..........