Sabtu, 28 Jun 2014

Lurus kah ni?




Agak lama juga blog ani nda dikemaskinikan. Nda tahu kenapa. Mungkin perasaan lelah telah melanda diri ani. Tapi dalam diam-diam perasaan untuk terus menulis sentiasa membuak-buak dan hari ani mungkin waktu yang sesuai.

Baru-baru ani negara telah memetrai satu lagi perjanjian pelaburan dengan salah sebuah syarikat dari negara Korea Selatan. Perjanjian perlaburan tersebut merupakan pembinaan sebuah kilang aluminium, di mana ianya akan dijangka beroperasi pada tahun 2016. Laporan penuh boleh dibaca di sini.

Secara jujurnya pelaburan sedemikian memang dinanti-nantikan oleh negara. Ini disebabkan hampir setiap orang sama ada dalam negara mahupun luar negara akan mengatakan pelaburan asing adalah penting untuk menjana perekonomian sesebuah negara. Inda percaya, tanya saja tia!

Tapi apa yang menjadi kemusykilan adalah kenapa negara sendiri inda membina kilang aluminium tersebut? Ya kenapa? Kalau dikatakan nda mampu, tak patut. Sebabnya negara telah berbelanja B$150 juta bah untuk menaik taraf lapangan terbang antarabangsa Brunei. Ani kan pulang kilang berharga US$107 juta!

Ok lah mungkin jua negara nda pandai atau nda mempunyai pengalaman dalam membuat aluminium tapi kan negara pernah membuat syarikat penerbangan (RBA), carigali minyak dan gas (PB), telekomunikasi (TelBru), perindustrian (Semaun Holding), permakanan (Warafiah) dan sebagainya. Ndakan alum jua cukup pengalaman?!....

Apa yang sebenarnya ingin dibangkitkan adalah kenapa negara perlu menunggu pelabur asing untuk memangkin ataupun menjana perekonomian negara? Apakah matawang Brunei nda cukup baik untuk dilaburkan di dalam negara sendiri?

Seperti semua maklum kadar pertumbuhan negara tidak lah begitu memberangsangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ani. Baru-baru ani telah dipaparkan di dalam suratkhabar tempatan KDNK telah mengecup 3.3% suku pertama tahun ani.

Jadinya jikalau negara 'perlu' menunggu pelabur asing untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara, sampai bila KDNK kan naik 6% seperti yang dikatakan dalam Wawasan Negara 2035?! Indakah pihak BEDB tahu bahawa menjana ekonomi negara nda perlu menunggu pelabur asing? Kan mahu kilang aluminium, negara boleh sahaja 'membuat' duit ratusan juta dengan sekelip mata sahaja.

Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara monetari berdaulat. Dalam erti kata yang lain, negara boleh membuat wangnya sendiri dan melabur di dalam negara. Nda perlu menunggu hasil jualan minyak dan gas baru tah negara dapat melabur. Permikiran macam atu lapuk udah tu!!!?.

Kesian rakyat jelata 'terpaksa' menunggu pelabur asing untuk menjana perkerjaan. Kalau nada Syarikat Korea ani, nda tah ada 560 peluang perkerjaan atu. Sampai bila macam atu?????....

Renung-renungkanlah......

Khamis, 8 Ogos 2013

Musang Berjanggut

Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, berbagai usaha sama ada secara individu ataupun kolektif dalam membantu mereka-mereka yang kurang bernasib baik. Dari huluran wang ringgit hingga membina sebuah banglo. Itulah kelebihan bulan Ramadhan di mana-mana sahaja semua orang bagaikan berlumba-lumba untuk mendapatkan keberkatan illahi.

Tapi apakah ini yang termampu dilakukan oleh negara dalam membawa sebahagian masyarakat keluar dari kancah kemiskinan?

Negara terkenal sebagai salah sebuah negara yang mempunyai pendapatan per kapita yang tertinggi di dalam dunia.  Namun begitu negara masih sahaja mempunyai mereka-mereka yang daif. Sepatutnya perkara ini tidak perlu terjadi lebih-lebih lagi negara adalah sebuah negara monitari berdaulat dan sedang mengamalkan sistem kewangan fiat.

Yang menyedihkan mengenai kisah-kisah kedaifan ini adalah seolah-olah ianya tidak menjujung hasrat KDYMM. Bukankah KDYMM pernah bertitah dengan menyatakan hasrat baginda untuk melihat negara sifar kemiskinan! Jadinya dimanakah silapnya? Bukankah bangsa negara ini adalah sebuah bangsa yang menjujung titah?! Dari 2010 dan sekarang 2013, negara masih mempunyai kisah-kisah yang memilukan hati.

Jangan-jangan menunggu musang berjanggut baru tah kali kemiskinan dapat dihapuskan dari muka bumi Negara Brunei Darussalam.

Ketahuilah masalah kemiskinan di dalam negara dapat di atasi dengan mudah sekali. Apa yang perlu dilakukan adalah cuma untuk memahami apa ertinya menjadi sebuah negara monitari berdaulat. Ketahuilah sejak 15 Ogos 1971, dunia termasuk negara telah mengamalkan sistem kewangan fiat. Ketahuilah duit itu free.

Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...........

Sabtu, 20 April 2013

Subsidi - Satu Beban Negara?

Hari ini ada terpapar di dalam suratkhabar tempatan mengenai pemberian subsidi minyak oleh pihak Kerajaan. Menurut laporan bank pembangunan asia (ADB), pemberian subsidi minyak yang terdapat di dalam negara adalah merupakan satu beban kepada kewangan Kerajaan. Menurut laporan ABD itu lagi, negara telah memperbelanjakan lebih daripada B$500 juta pada tahun 2011 dan ianya merupakan lebih daripada 3 peratus KDNK negara. Laporan penuh boleh dibaca di sini.

Itu dia Tuan-tuan dan puan-puan. Satu pendekatan yang 'cetek' terhadap hal ehwal kewangan negara. Yang lebih sedihnya lagi ialah apabila laporan tersebut bulat-bulat 'ditelan' oleh pihak media dan sebilangan penduduk negara ini. Apa tidaknya, tajuk laporan itu sendiri mengatakan perbelanjaan B$500 juta ke atas subsidi membawa kesan negatif kepada kewangan negara.

Tidakkah mereka semua tahu ataupun sedar bahawa negara adalah sebuah negara monetari berdaulat. Dengan kuasa mutlak yang ada, negara mampu menyediakan B$500 juta ataupun lebih tanpa perlu bersusah payah. Negara tidak perlu menunggu hasil daripada penjualan minyak dan gas negara untuk menyediakan B$500 juta. Negara bukan satu entiti yang sama seperti isi rumah. Kewangan negara tidak sama sekali sama seperti kewangan isi rumah. Negara tidak akan pandai kehabisan wang Brunei walaupun sampai hari khiamat.

Kerana apa?

Kerana wang di dalam dunia ini adalah berasaskan kepada kewangan FIAT. Wang yang tidak yang bersandarkan kepada sesuatu benda. Itu adalah kenyataan dan fakta. Sejak 15 Ogos 1971 lagi, wang yang  terdapat di dalam dunia ini sudah tidak lagi berasaskan kepada apa-apa. Rujuk di sini untuk penjelasannya. Sejak dari tarikh keramat itu, semua negara di dalam dunia boleh sahaja membuat wang mereka dari "thin air". Dan dengan kemajuan informasi dan komputer sekarang ini, wang boleh sahaja dibuat dengan menekan beberapa kekunci di atas papan kekunci komputer. Nak B$500 juta, tekan saja - shift "B", shift "$", angka 5 dan diikuti dengan 8 angka 0. Itu saja. Tidak sampai 10 detik.

Jestru itu berasaskan kepada fakta tersebut, tanyakanlah kepada diri sendiri - apakah negara boleh kehabisan wang Brunei lantas ianya menjadi satu beban kepada negara kerana gara-gara menyediakan subsidi yang secukupnya untuk rakyat dan penduduk di negara ini??? Tentu tidak, bukan?!!!!

Apa-apa pun jua, pihak ADB adalah sebuah organisasi yang betul-betul hipokrit.  Dalam laporan itu sendiri mereka telah mengatakan mengenai impak pengurangan subsidi kepada setiap rakyat dan penduduk. Menurut mereka kenaikan harga minyak US$0.25 seliter sahaja boleh membawa penurunan kepada pendapatan sebenar isi rumah sehingga 4.5 peratus! Kesan tersebut adalah disebabkan pihak isi rumah terpaksa berbelanja lebih untuk minyak, dan juga impak kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Lucukan. Pihak ADB lebih rela untuk rakyat dan penduduk menderita daripada melihat Kerajaan terus menerus berbelanja. Bayangkan sahaja jika negara mentiadakan B$500 juta tersebut, bukankah itu bermakna bahawa rakyat dan penduduk negara ini akan kehilangan B$500 juta. Dari mana rakyat dan penduduk negara ini akan mencari B$500 juta sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa mutlak untuk membuat wang mereka sendiri.

Renung-renungkanlah.........

Rabu, 17 April 2013

Sejak Bila Negara Tidak Mampu?

Pada persidangan Mesyuarat Majlis Negara (MMN) ke 7 - 2011, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) ada membuat cadangan untuk membina sebuah Balai Budaya. Menurut Menteri KKBS, balai budaya tersebut akan menjadi lambang kegemilangan budaya Brunei. Laporannya boleh dirujuk di sini. Tapi pada persidangan ke 9 MMN baru-baru ini, cadangan tersebut telah dibatalkan kerana kos untuk melaksanakannya adalah tinggi iaitu sekitar B$82 juta!!!!

Itu dia, kerana dirasakan ianya 'terlalu' mahal, maka angan-angan untuk membina sebuah balai budaya hanya akan tinggal ristaan meskipun negara telah menghabiskan sejumlah B$88 ribu mengajihi sebuah konsultan untuk membuat kajiselidik tersebut. Sungguh menyedihkan. Tapi yang paling menyedihkan ialah tanggapan Menteri mengenai harga yang mahal dan membebankan negara.

Kepada mereka-mereka yang mengikuti blog ini akan mengetahui bahawa B$82 juta itu bukan satu beban negara. Kerana apa? Kerana negara adalah sebuah negara monetari berdaulat dan mempunyai kemampuan untuk membuat wang B$82 juta tersebut tanpa perlu berpeluh. Tekan sahaja beberapa kekunci di atas papan kekunci komputer, wang B$82 juta dapat dikeluarkan dan diperbelanjakan. 

Kerana sebilangan orang gagal untuk memahami kemampuan kewangan negara maka satu mercu kebanggaan negara akan terkubur buat selamanya. Salah satu yang bakal menjadi tarikan pelancongan terkandas ditengah jalan, gara-gara negara 'kemahalan' untuk membinanya. Sama seperti apa yang telah terjadi ketika ini kepada Taman Permainan Jerudong. Kegemilangannya pada satu ketika dulu kini menjadi sakit mata kepada negara. Bukan itu sahaja kebanyakan perniagaan yang dulu menjadi hangat kini menjadi kenangan mengusik jiwa. Malah ada yang sudah gulung tikar.

Jika dilihat diluar negara, banyak negara berlumba-lumba untuk membina balai budaya. Malah ada yang sanggup membina Kampung Budaya. Lihat saja di sini, sini dan sini. Kerana apa? Kerana ianya akan membawa hasil yang berlipat ganda kepada negara dan juga perkerjaan kepada penduduk negara mereka. Tapi oleh disebabkan Menteri KBS merasa kemahalan, maka negara akan kehilangan pelancong dan penduduk negara kehilangan perkerjaan.

Sejujurnya, selagi negara mempunyai kuasa mutlak untuk membuat wang Brunei, selagi itu negara boleh membina bermacam-macam bangunan. Wang negara tidak akan pandai habis walaupun pada bila-bila masa.

Renung-renungkanlah......

Ahad, 14 April 2013

Kita Hipokrit!

Baru-baru ini ada seseorang telah meluahkan rasa kurang senang beliau mengenai sebilangan masyarakat di negara ini yang sering meminta-minta daripada pihak Kerajaan. Menurut beliau, rakyat dan penduduk negara sepatutnya telah bersyukur dengan segala pemberian Kerajaan pada ketika ini dan adalah tidak wajar untuk rakyat terus-menerus meminta daripada pihak Kerajaan. Pandangan beliau boleh dibaca di sini.

Begitulah betapa begitu taksubnya sebilangan orang mengenai kemampuan negara untuk berbelanja. Pada pandangan mereka, meminta kepada pihak Kerajaan adalah satu perkara yang begitu membebankan . Seolah-olah negara itu boleh sahaja kehabisan wang jika negara terus-menerus melayan kerenah rakyat dan penduduk negara ini.

Tapi tidakkah mereka tahu bahawa berbelanja terus-menerus dari pihak Kerajaan adalah satu kebaikan dan rahmat kepada semua orang? Tahukah mereka bahawa Kerajaan tidak akan pandai kehabisan wang Brunei meskipun sampai hari khiamat?

Kerana apa?!

Kerana dengan adanya Kerajaan terus berbelanja, rakyat dan penduduk negara ini akan dapat mengumpul kekayaan. Wang yang dikeluarkan oleh Kerajaan adalah satu-satunya sumber kewangan tanpa riba. Bayangkan jika Kerajaan tidak mahu berbelanja, macam mana rakyat dan penduduk negara ini beroleh wang Brunei? Bukankah mereka terpaksa meminjam wang daripada pihak bank dan bukankah itu akan membawa beban kepada si peminjam. 

Dan jika pihak Kerajaan tidak berbelanja bagaimana rakyat dan penduduk negara ini mampu membeli barang yang terjual di dalam negara ini? Siapa akan menjadi pelanggan kepada Pehin Goh ataupun Pehin Lau ataupun si Nazmi? Jika orang tidak berbelanja bukankah itu akan melumpuhkan ekonomi negara? Laung-laung menyuruh rakyat ataupun penduduk untuk berkerja di sektor swasta tapi mun jika tidak ada orang mempunyai wang yang mencukupi untuk berbelanja, apakah pihak sektor swasta akan mahu mengajihi orang untuk berkerja?

Sesungguhnya dengan adanya pihak Kerajaan terus-menerus berbelanja maka sebilangan orang mampu menjadi kaya raya. Dengan adanya pihak Kerajaan terus-menerus berbelanja maka kebanyakan orang mampu untuk berlibur dan berbelanja di Miri ataupun Limbang. Ketahuilah untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang sihat dan mampan, negara dan rakyat perlu berbelanja. Tanpa adanya itu, papat kuku ani kalau nasi katok B$1 akan laku!!!.

Tapi apa yang menyedihkan adalah sebaliknya.

Kebanyakan orang mempunyai tanggapan bahawa kewangan negara sama seperti kewangan isi rumah meskipun ianya terang-terang berbeza. Negara boleh membuat wang Brunei. Isi rumah tidak boleh! Itu adalah perbezaan yang terang diantara negara dan rakyat dan penduduk. Selain daripada itu perbelanjaan negara tidak bergantung kepada hasil minyak dan gas negara kerana sejak 15 Ogos 1971, dunia sudah tidak mengamalkan standard emas. Dalam ertikata yang lain, membuat wang tidak lagi berasaskan kepada sesuatu benda! Sekarang wang adalah percuma untuk dibuat.

Meskipun begitu dinyatakan masih juga orang mempunyai paradigma ataupun dogma lama. Mereka menanggap membuat wang akan membawa inflasi. Itu adalah firasat mereka. Tapi sejarah telah membuktikan bahawa pembuatan wang itu tidak membawa inflasi. Contoh terbaik adalah negara Singapura. Mengikut keterangan Monetary Authority Singapore, sehingga bulan Feb 2013, negara tersebut telah membuat wang sejumlah S$498 billion. Ya tuan-tuan dan puan-puan, S$498 billion! Dengan jumlah tersebut adakah negara itu menghadapi inflasi yang hebat????? Tidak kan? Apakah matawang Singapura jatuh apabila negara tersebut membuat S$498 billion??? Tidak kan? Malah sebaliknya pula yang terjadi.

Selain daripada itu juga sebilangan orang berpendapat jika Kerajaan terus-menerus memberikan subsidi, rakyat dan penduduk negara ini akan menjadi pemalas. Tidak mahu berusaha ataupun tidak pandai untuk berdikari. Begitulah firasat mereka. Tapi adakah betul kenyataan tersebut??? Setahu orang negara sudah lama memberikan subsidi dan hasilnya tidak ada orang pun yang malas. Masih juga terdapat rakyat dan penduduk negara ini berjaya dimenara gading ataupun perniagaan. Jadinya kenyataan orang Brunei akan menjadi malas kerana subsidi adalah satu pendustaan!

Tapi apa-apa pun jua, satu perkara yang menjadi kemusykilan ialah tabiat sebilangan orang. Jika membantu ataupun menolong orang-orang yang susah sama ada dengan cara menghulurkan derma ataupun tenaga, tidak ada seorang pun yang berkata-kata. Tidak ada seorang pun yang berkata "Kenapa perlu tolong orang yang miskin, bukankah mereka yang miskin itu disebabkan mereka malas!". Tidak ada seorang pun yang berkata sedemikian. Malah berbagai acara diaturkan untuk membantu mereka. Dari walkaton hingga pesta jual beli.

Tapi apabila ada orang meminta tambahkan subsidi, berbagai tomohan diberikan. Malaslah. Manjalah dan sebagainya. Walhal subsidi itu membawa kebaikan kepada semua lapisan rakyat dan penduduk negara ini. Malah subsidi itulah yang membawa keamanan dan kemakmuran kepada negara dan rakyat. Lihat sahaja negara yang tidak mempunyai subsidi, harga makanan melonjak naik, harga kesihatan melambong naik. Apa yang terjadi? Kekacauan yang menimpa. Lihat sahaja revolusi arab. Kerana tidak mampu, rakyat Arab telah bangkit menentang pemerintah mereka. Apakah itu yang rakyat dan penduduk negara ini mahu???...

Wahai rakyat dan penduduk negara ini, kenapa begitu membenci dan menghina apabila ada orang meminta subsidi? Sedangkan permintaan sedemikian membawa kebaikan dan rahmat kepada semua.

Renung-renungkanlah......

Sabtu, 16 Februari 2013

Apa Ada Dengan Perumahan?

Tahukah semua pada ketika ini Tabung Amanah Perkerja (TAP) ada mempunyai skim tabung perumahan? Tabung ini telah dilancarkan pada bulan Julai 2012. Tujuan skim ini diadakan adalah untuk mengalakan ahli-ahli TAP yang tidak mempunyai rumah untuk mendapatkan rumah dengan cara menabung sebahagian daripada gaji mereka.

Dengan cara penyimpanan yang bersistematik dan dibantu dengan kadar jaminan pulangan 3 peratus pada setiap tahun oleh pihak Kerajaan, ianya akan diharap dapat membantu para ahli TAP untuk memiliki rumah. Selain daripada itu beberapa insentif yang lain, juga akan diberikan oleh pihak Kerajaan dalam membantu ahli-ahli TAP meningkatkan pelaburan mereka seperti pemberian wang B$25 ribu. Laporan penuh boleh dirujuk di sini.


Tapi apa kiranya jika negara menyediakan pinjaman kewangan B$150,000 kepada ahli-ahli TAP? Maksudnya di sini, daripada menabung, berikan sahaja pinjaman. Dengan cara ini para ahli TAP mampu memiliki rumah idaman mereka. Para ahli TAP boleh sahaja memiliki rumah mereka dengan lebih awal lagi. Nda lagi perlu menunggu usia kan maghrib baru tah kan mendapat rumah seperti mana yang terjadi pada ketika ini.

Selain daripada itu dengan adanya skim pinjman ini, Kerajaan tidak perlu lagi menyediakan perumahan negara yang banyak. Para ahli TAP boleh sahaja membeli rumah mereka dipasaran terbuka. Jadinya isu rumah damit, teres dan sebagainya tidak akan menjadi sungutan kepada sebilangan rakyat dan penduduk negara ini. Kerajaan tidak perlu lagi menjamin pulangan 3 peratus setiap tahun ataupun menyediakan insentif B$25,000. Mudahkan?!!!

Ataupun, Kerajaan boleh memberikan B$1 juta setiap rakyat dan penduduk sepertimana yang pernah dicoretkan sebelum ini. Sila rujuk sini.

Sesungguhnya Kerajaan tidak perlu khuatir jika kiranya skim-skim yang dianjurkan ini akan membawa beban kewangan kepada negara. Kenapa? Kerana Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara monetari berdaulat. Negara mempunyai kemampuan untuk menyediakan peruntukan yang diperlukan dengan hanya mengetik jari sahaja! Tak perlu tunggu hasil jualan minyak dan gas.

Renung-renungkanlah..........

Rabu, 13 Februari 2013

Bukan Salah Ibu Mengandung

Baru-baru ini Kerajaan KDYMM telah menandatangani satu perjanjian dengan salah sebuah syarikat perunding tempatan. Perjanjian tersebut adalah mengenai kajian yang bakal dilakukan oleh syarikat tersebut mengenai pelan induk maritim negara. Kos kajian tersebut adalah dianggarkan B$1.2 juta. Berita sepenuhnya boleh dirujuk di sini.

Bagi sesetengah pihak jumlah B$1.2 juta adalah satu jumlah yang besar. Namun begitu, apa yang diperhatikan selama ini hampir kesemua projek-projek negara berada dalam lingkungan jutaan. Jarang benar didengar projek-projek yang bernilai berbillion-billion ringgit. Rasa-rasanya alum pernah terjadi. Nda tahulah kalau ditukar kepada nilai rupiah. Mungkin sahaja mencecah trillion-trillion.

Apa yang ingin dibangkitkan di sini adalah sejauh mana projek-projek 'Mega' ini membawa kemanafaatan kepada rakyat dan penduduk negara terutama sekali dalam isu perkerjaan. Jika dilihat dan diperhatikan, hasil ataupun 'spill-over' daripada projek-projek tersebut adalah terhad. Perhatikan sahaja projek penaikan taraf Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB), hampir keseluruhan perkerjanya adalah warga asing. Perkerja tempatan boleh dikira dengan jari kaki. Begitu juga halnya dengan projek-projek yang terdapat dalam RKN. Hampir 99 peratus perkerjanya adalah warga asing.

Persoalannya kenapa ianya terjadi?

Pada hematnya, punca kegagalan rakyat dan penduduk negara untuk 'mengambil' kesempatan adalah kerana negara terlalu berhemah dalam menyediakan peruntukan. Seperti yang diperkatakan awal-awal tadi, negara hanya main jutaan sahaja. Billion tak ada dalam kamus negara. Berasaskan perkara ini, negara telah gagal memberikan rakyat dan penduduk negara ini peluang untuk memperolehi gaji yang bermakna. Kerana suka main jutaan, negara tidak mampu ataupun mahu untuk memperkenalkan gaji minima.

Andainya negara memahami apa ertinya negara monetari berdaulat, isu yang dibangkitkan di atas tidak akan terjadi. Perhatikan sahaja negara-negara maju - bukankah sebilangan besar mereka adalah terdiri dari perkerja tempatan?!  Buruh kasar pun ada yang terdiri daripada rakyat mereka sendiri. Kerana apa? Kerana gaji buruh kasar mampu memberikan gaji yang bermakna. Dengan menjadi buruh kasar mereka masih mampu untuk membeli rumah, beli kerita dan malah mampu untuk melancong ke luar negara. Nah cuba bayangkan dengan negara?!!! Apakah gaji buruh kasar negara mampu untuk membeli rumah tanpa menunggu skim perumahan negara?!!

Renung-renungkanlah.........