Baru-baru ini Kerajaan KDYMM telah menandatangani satu perjanjian dengan salah sebuah syarikat perunding tempatan. Perjanjian tersebut adalah mengenai kajian yang bakal dilakukan oleh syarikat tersebut mengenai pelan induk maritim negara. Kos kajian tersebut adalah dianggarkan B$1.2 juta. Berita sepenuhnya boleh dirujuk di sini.
Bagi sesetengah pihak jumlah B$1.2 juta adalah satu jumlah yang besar. Namun begitu, apa yang diperhatikan selama ini hampir kesemua projek-projek negara berada dalam lingkungan jutaan. Jarang benar didengar projek-projek yang bernilai berbillion-billion ringgit. Rasa-rasanya alum pernah terjadi. Nda tahulah kalau ditukar kepada nilai rupiah. Mungkin sahaja mencecah trillion-trillion.
Apa yang ingin dibangkitkan di sini adalah sejauh mana projek-projek 'Mega' ini membawa kemanafaatan kepada rakyat dan penduduk negara terutama sekali dalam isu perkerjaan. Jika dilihat dan diperhatikan, hasil ataupun 'spill-over' daripada projek-projek tersebut adalah terhad. Perhatikan sahaja projek penaikan taraf Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB), hampir keseluruhan perkerjanya adalah warga asing. Perkerja tempatan boleh dikira dengan jari kaki. Begitu juga halnya dengan projek-projek yang terdapat dalam RKN. Hampir 99 peratus perkerjanya adalah warga asing.
Persoalannya kenapa ianya terjadi?
Pada hematnya, punca kegagalan rakyat dan penduduk negara untuk 'mengambil' kesempatan adalah kerana negara terlalu berhemah dalam menyediakan peruntukan. Seperti yang diperkatakan awal-awal tadi, negara hanya main jutaan sahaja. Billion tak ada dalam kamus negara. Berasaskan perkara ini, negara telah gagal memberikan rakyat dan penduduk negara ini peluang untuk memperolehi gaji yang bermakna. Kerana suka main jutaan, negara tidak mampu ataupun mahu untuk memperkenalkan gaji minima.
Andainya negara memahami apa ertinya negara monetari berdaulat, isu yang dibangkitkan di atas tidak akan terjadi. Perhatikan sahaja negara-negara maju - bukankah sebilangan besar mereka adalah terdiri dari perkerja tempatan?! Buruh kasar pun ada yang terdiri daripada rakyat mereka sendiri. Kerana apa? Kerana gaji buruh kasar mampu memberikan gaji yang bermakna. Dengan menjadi buruh kasar mereka masih mampu untuk membeli rumah, beli kerita dan malah mampu untuk melancong ke luar negara. Nah cuba bayangkan dengan negara?!!! Apakah gaji buruh kasar negara mampu untuk membeli rumah tanpa menunggu skim perumahan negara?!!
Renung-renungkanlah.........