Agak lama juga blog ani nda dikemaskinikan. Nda tahu kenapa. Mungkin perasaan lelah telah melanda diri ani. Tapi dalam diam-diam perasaan untuk terus menulis sentiasa membuak-buak dan hari ani mungkin waktu yang sesuai.
Baru-baru ani negara telah memetrai satu lagi perjanjian pelaburan dengan salah sebuah syarikat dari negara Korea Selatan. Perjanjian perlaburan tersebut merupakan pembinaan sebuah kilang aluminium, di mana ianya akan dijangka beroperasi pada tahun 2016. Laporan penuh boleh dibaca di sini.
Secara jujurnya pelaburan sedemikian memang dinanti-nantikan oleh negara. Ini disebabkan hampir setiap orang sama ada dalam negara mahupun luar negara akan mengatakan pelaburan asing adalah penting untuk menjana perekonomian sesebuah negara. Inda percaya, tanya saja tia!
Tapi apa yang menjadi kemusykilan adalah kenapa negara sendiri inda membina kilang aluminium tersebut? Ya kenapa? Kalau dikatakan nda mampu, tak patut. Sebabnya negara telah berbelanja B$150 juta bah untuk menaik taraf lapangan terbang antarabangsa Brunei. Ani kan pulang kilang berharga US$107 juta!
Ok lah mungkin jua negara nda pandai atau nda mempunyai pengalaman dalam membuat aluminium tapi kan negara pernah membuat syarikat penerbangan (RBA), carigali minyak dan gas (PB), telekomunikasi (TelBru), perindustrian (Semaun Holding), permakanan (Warafiah) dan sebagainya. Ndakan alum jua cukup pengalaman?!....
Apa yang sebenarnya ingin dibangkitkan adalah kenapa negara perlu menunggu pelabur asing untuk memangkin ataupun menjana perekonomian negara? Apakah matawang Brunei nda cukup baik untuk dilaburkan di dalam negara sendiri?
Seperti semua maklum kadar pertumbuhan negara tidak lah begitu memberangsangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ani. Baru-baru ani telah dipaparkan di dalam suratkhabar tempatan KDNK telah mengecup 3.3% suku pertama tahun ani.
Jadinya jikalau negara 'perlu' menunggu pelabur asing untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara, sampai bila KDNK kan naik 6% seperti yang dikatakan dalam Wawasan Negara 2035?! Indakah pihak BEDB tahu bahawa menjana ekonomi negara nda perlu menunggu pelabur asing? Kan mahu kilang aluminium, negara boleh sahaja 'membuat' duit ratusan juta dengan sekelip mata sahaja.
Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara monetari berdaulat. Dalam erti kata yang lain, negara boleh membuat wangnya sendiri dan melabur di dalam negara. Nda perlu menunggu hasil jualan minyak dan gas baru tah negara dapat melabur. Permikiran macam atu lapuk udah tu!!!?.
Kesian rakyat jelata 'terpaksa' menunggu pelabur asing untuk menjana perkerjaan. Kalau nada Syarikat Korea ani, nda tah ada 560 peluang perkerjaan atu. Sampai bila macam atu?????....
Renung-renungkanlah......