Isnin, 13 Februari 2012

Masaalah PIIGS

Saya rasa kebanyakan para pembaca merasa keliru dengan nukilan saya selama ini di mana saya mengatakan sebuah negara yang monetari berdaulat boleh saja berbelanja sesuka hatinya. Malahan negara monetari berdaulat boleh saja membuat wang sebanyak yang ia mahu untuk pembangunan dan memberi segala subsidi yang perlukan oleh rakyat dan penduduk negara yang berkenaan.

Tetapi apa pula halnya dengan negara Portugal, Ireland, Italy, Greece dan Spanyol a.k.a PIIGS? Kenapa negara-negara tersebut menghadapi masalah kewangan (beban hutang) yang kronik? Saya rasa semua berpendapat bahawa PIIGS adalah sebuah negara berdaulat dan setentunya boleh saja membuat wang Euro? Bukankah begitu?

Sebenarnya PIIGS bukan lagi negara monetari bedaulat. Walaupun negara-negara tersebut secara lahirnya sebuah negara berdaulat akan tetapi matawang mereka adalah tidak! Kenapa demikian? Nah! ini adalah kerana pintar-pintar bodoh negara tersebut sendiri. Terlalu membabi buta dan terlalu "iski" untuk menyertai matawang Euro. 

Sebelum ini, PIIGS (dan 12 negara yang lain), mempunyai matawang mereka sendiri. Portugal ada matawang Escudo. Ireland ada Irish Pound. Italy ada Lira. Greece ada Drachma. Dan Spenyal ada Peseta. Dengan matawang tersebut PIIGS merupakan negara monetari berdaulat dan mereka boleh saja membuat wang sesuka hati mereka.

Entah di mana silapnya. Nak dikatakan bodoh tidak jua. Nak dikatakan pintar tidak jua. PIIGS telah membuang matawang mereka dan memakai matawang Euro. Semua ini terjadi apabila negara-negara tersebut ikut serta dalam Perjanjian Maastricht pada 7 February 1992.

Dengan mengikuti matawang Euro, PIIGS secara otomatiknya berubah dari sebuah negara monetari berdaulat kepada bukan negara monetari berdaulat (non-monetarily sovereign nations) di mana PIIGS tidak mempunyai kuasa mutlak untuk membuat matawang Euro. Hanya European Central Bank (ECB) yang mempunyai kuasa untuk membuat Euro.

Kegagalan PIIGS untuk membuat wang sendiri telah mengakibatkan rakyat dan penduduk negara-negara tersebut menderita. Mereka terpaksa menjalani austertiy, berhutang, pengurangan belanjawan negara, menaikan cukai, menjual aset-aset negara hanya kerana untuk menggumpul matawang Euro.

Untuk mengatasi beban hutang PIIGS, ada beberapa yang boleh dilakukan. Diantaranya:

a. Meninggalkan matawang Euro dan mengambil semula matawang asal atau;
b. ECB memberi Euro kepada PIIGS secara percuma.

Jika perkara di atas tidak dilakukan, saya rasa rakyat PIIGS akan terus menderita dan kehancuran matawang Euro akan menjadi satu realiti. Inilah akibatnya apabila satu-satu aset yang paling berharga bagi sesebuah negara dibuang begitu saja.

Ahad, 12 Februari 2012

Beban Kerajaan?

Hari ini saya ada terbaca berita yang dipaparkan dalam suratkhabar Brunei Times, mengenai pembukaan Pusat Dialisis yang baru di daerah Tutong. Dalam upacara pembukaan tersebut, tetamu kehormat iaitu YB Menteri Kesihatan telah menyentuh akan beban yang ditanggung oleh keluarga dan masyarakat oleh pesakit buah pingang dan juga Kerajaan kita dalam memberikan rawatan dialisis secara percuma. Berita selanjutnya boleh kita baca di sini.

YB Menteri Kesihatan berkata bahawa Kerajaan kita telah berbelanja diantara B$22,000 hingga B$40,000 bagi setiap seorang pesakit buah pinggang. Pada tahun 2009/2010 sahaja, Kerajaan kita telah berbelanja sebanyak B$7.3 juta dan ini telah meningkat kepada B$8.6 juta pada 2010/2011, menurut YB Menteri Kesihatan.

Kepada mereka-mereka yang telah membaca nukilan saya sama ada dalam blog ini dan blog lama saya, akan mengetahui bahawa sebuah negara monetari berdaulat seperti negara kita, tidak mempunyai masalah dalam menanggong rawatan yang dimaksudkan. Malahan rawatan yang diberikan secara percuma tidak akan pernah menjadi "beban" kepada negara kita.

Pada dasarnya saya amat bersetuju dengan kenyataan YB Menteri Kesihatan bahawa kita mempunyai tanggungjawab dalam menjaga kesihatan kita. Tanpa mempunyai kesihatan yang baik, ianya setentunya akan menghalang perkembangan dan kemajuan negara kita. 

Maka dalam kesempatan ini, sekali lagi ingin saya menganjurkan untuk pihak Kerajaan kita untuk mentiadakan pemberian kesihatan percuma dan beralih kepada skim kad kredit kesihatan seperti yang saya sarankan di sini.

Saya percaya anjuran saya itu boleh membantu Kerajaan kita untuk mencapai wawasan negara iaitu - Bersama Ke Arah Warga Sihat.

Jumaat, 10 Februari 2012

Cukai Oh Cukai

Hari ini saya ada terbaca mengenai pandangan menteri kita terhadap cukai. Beliau telah berpendapat bahawa cukai merupakan cara Kerajaan kita untuk mendapatkan pendapatan. Cerita sepenuhnya boleh kita baca di sini.

Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, sebuah negara yang bergelar Negara Monetary Berdaulat seperti negara kita, tidak memerlukan cukai untuk menjana pendapatan. Negara kita hanya perlu mengetik beberapa kunci di atas kekunci papan komputer untuk berbelanja. Ya! dengan semudah itu saja, negara kita boleh berbelanja dan membangun negara kita.

Mencukai merupakan cara untuk mengeluarkan wang dari ekonomi. Dan seperti kita ketahui, mengeluarkan atau mengurangkan wang akan menjejaskan sesebuah ekonomi. Untuk ekonomi terus berkembang, ianya memerlukan perkembangan kewangan yang seiring. 

Ini boleh kita buktikan dengan apa yang terjadi dengan negara Greek. Kerana mempunyai pandangan salah mengenai kewangan, negara tersebut telah memilih jalan austerity dan kenaikan cukai bagi menjana (kononnya) pendapatan dan seterusnya membayar hutang negara. Dan sekarang apa yang terjadi kepada negara tersebut? Penderitaan yang berterusan. Sila baca di sini.

Bagi pandangan saya, kita tiadakan sahaja cukai dan membiarkan wang tersebut untuk memasuki dan mengalir ke dalam ekonomi negara kita daripada membiarkan wang tersebut "hilang" kepada cukai. Kerajaan kita tidak memerlukan atau menggunakan cukai untuk berbelanja, jadi kenapa perlu sebuah syarikat untuk menanggung beban perbelanjaan yang lebih lagi?

Kesimpulannya, perniagaan boleh kita anggap sebagai sekor itik yang bertelurkan emas. Mencukai perniagaan sama jua ertinya kita mencuri makanan itik dan kemudian memasak itik tersebut.

Khamis, 9 Februari 2012

Dari Mana Datangnya Wang?

Kita sudah terbiasa melihat wang kita iaitu Ringgit Brunei atau Brunei Dollar. Hampir saban hari kita akan menemui dan melihat wang Brunei. Tapi pernahkah kita bertanya atau mengambil tahu dari mana datangnya wang tersebut?

Menurut prespektif saya, setiap kali Kerajaan kita berbelanja seperti membayar gaji, pencen, membuka tender dan sebagainya, maka dari situlah wang kita datang bergolek. Hanya Kerajaan KDYMM kita sahaja yang dibolehkan membuat wang Brunei. Tiada entiti lain yang di dalam dunia ini dibenarkan untuk membuat wang Brunei.

Dengan adanya wang tersebut dikeluarkan maka kita pun dapat membeli, melabur dan menabong. Jadinya apabila Kerajaan kita menyatakan untuk berjimat B$20 juta seperti pengurangan subsidi lektrik baru-baru ini, maka kita sebagai pengguna wang Brunei akan kehilangan B$20 juta!

Begitu juga apabila Kerajaan kita mengambil dasar belanjawan lebihan (budget surplus). Setiap kali Kerajaan kita "berjaya" mendapat belanjawan lebihan, maka kita setiap kali itulah kita akan kehilangan wang. Dari itu ingatlah bahawa wang yang "dijimatkan" itu adalah wang kita yang sepatutnya kita perolehi.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, sila klik http://brunei2035.blogspot.com/2011/11/do-bruneian-rich.html

Sekian untuk kali ini......

Isnin, 6 Februari 2012

Perbezaan Kita Dengan Kerajaan

Secara individu kita perlu mengumpul wang terlebih dahulu sebelum kita dapat berbelanja. Dan kita mengumpul wang ada berbagai cara. Ada yang berkerja dengan sektor swasta atau awam. Ada yang juga berniaga. Dan ada pula yang mencuri......hehehe. Pokoknya sebagai rakyat atau penduduk tetap kepada sesebuah negara, keperluan untuk menggumpul wang terlebih dahulu adalah menjadi kepastian sebelum perbelanjaan dapat dibuat.

Kenapa begitu? Kenapa kita mesti menggumpul wang terlebih dulu?

Ini kerana kita bukan monetari berdaulat. Ertinya kita tidak mempunyai kuasa untuk membuat atau mencetak wang sendiri. Bayangkan jika semua orang dalam dunia ini mempunyai kuasa untuk membuat wang mereka sendiri! Wang siapa yang boleh kita pakai? Berapa jumlah Anak Watan Dollar diperlukan untuk membeli sebuah kerita? Lagi pun jika semua orang boleh membuat wang mereka sendiri, siapa pula nak buat kerita, rumah, jual beras, jual ikan dan sebagainya? Kenapa perlu berkerja jika boleh buat wang sendiri?

Oleh disebabkan kita secara individu terpaksa menggumpul wang terlebih dahulu maka kita pun membuat andaian yang sama bahawa sesebuah negara juga perlu melakukan penggumpulan wang terlebih dahulu sebelum membuat perbelanjaan. Kita beranggapan bahawa negara kita perlu mengeksport minyak dan gas, membuat berbagai perindustrian pengeksportan dan berjimat cermat terlebih dahulu untuk mendapatkan wang sebelum negara kita dapat berbelanja. Bukankah begitu?

Jika kita mempunyai tanggapan sedemikian, saya menganjurkan untuk memahami semula kewangan dengan membaca coretan saya dalam blog ini dan juga blog saya yang satu lagi iaitu - http://brunei2035.blogspot.com/

Akhirnya inigin saya tinggalkan coretan cerita ini sebagai renungan bersama - http://www.brudirect.com/index.php/Local-News/family-faces-hardship-as-man-loses-leg-in-accident.html

Jumaat, 3 Februari 2012

B$20 Juta!

Dua hari lepas ada saya terdengar dalam berita radio mengenai langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan kita dalam usaha memupuk sikap berjimat dalam penggunaan tenaga lektrik. Kita boleh dengar dengan lebih mengenainya seperti berikut:


Saya amat menyokong benar akan langkah-langkah Kerajaan kita untuk mendidik rakyat dan penduduk negara kita untuk berhemah dalam penggunaan tenaga lektrik. Ini disebabkan penggunaan yang membazir tidak akan mendatangkan sebarang kelebihan lebih-lebih lagi jika penggunaan tersebut menggunakan sumber yang tidak dapat diperbaharui (non-renewable resource).

Cuma apa yang membuat saya terkilan adalah dengan tanggapan yang diberikan oleh setengah pihak. Sebagai contoh saja, dalam laporan di atas, pihak media ada menyebut bahawa dengan tarif baru pihak Kerajaan akan dapat menjimatkan sebanyak B$20 juta dari pemberian subsidi. Dengan penjimatan yang diperolehi itu ianya boleh digunakan kepada perkara yang lain seperti pendidikan dan sebagainya, kata laporan tersebut lagi.

Secara jujur kenyataan tersebut adalah kurang tepat!!!!!

Penjimatan yang disanjung itu akan membuat rakyat dan penduduk miskin B$20 juta. Ya, tuan-tuan dan puan-puan, kita akan kehilangan B$20 juta! Kenapa begitu?

Dalam nukilan saya terdahulu - http://anakbrunei2035.blogspot.com/2012/01/lebihan-belanjawan-budget-surplus.html, saya pernah menyatakan bahawa setiap kali pihak Kerajaan mengurangkan perbelanjaan, maka pihak persendirian (seperti kita semua) terpaksa menampong kekurangan tersebut. Sekarang bayangkan di mana kita nak cari B$20 juta tersebut? Jual seluar dalam?!!!

Sebagai sebuah Negara Monetari Berdaulat, Negara kita mempunyai kemampuan untuk menyediakan perbelanjaan yang mencukupi termasuk dalam hal-hal pemberian subsidi. Kerajaan kita tidak akan pernah kehabisan wang Brunei. Negara kita tidak terikat dengan hasil pendapatan negara untuk berbelanja. Kesimpulannya belanjawan Negara bukan sama seperti belanjawaan isi rumah.

Negara kita mempunyai kuasa mutlak untuk membuat wang Brunei. Kuasa ini kita perolehi sejak dunia meninggalkan standard emas (gold standard) dan beralih kepada sistem FIAT pada 15 Ogos 1971. Kita tidak memerlukan lagi emas, minyak, gas, timah, getah atau apa-apa yang berharga untuk membuat wang Brunei.

Jika pihak Kerajaan berhasrat untuk berbelanja, kita hanya perlu mengkreditkan akuan si pemberi khidmat (vendors) tersebut melalui sistem TAFIS (http://www.mof.gov.bn/English/Treasury/Background/Pages/default.aspx). Tidak perlu berjimat sampai B$20 juta untuk memberikan perkhidmatan yang lain. Tekan saja beberapa nombor yang kita perlu arah papan kekunci komputer, presto Kerajaan boleh bayar berapa saja yang perlu.

Zaman sekarang, wang tidak perlu lagi di "cap" untuk membayar atau membeli. Kini wang adalah merupakan angka digit "1" dan "0" (binary numbers) dalam sistem komputer. Kalau tidak percaya kita boleh rujuk laporan BDKI 2011 (http://www.bedb.com.bn/documents/bdki/bdki.2011.pdf - mukasurat 13) di mana dalam tahun 2010, matawang yang dalam peredaran adalah berjumlah B$1 billion tapi wang yang dibuat adalah B$9.7 billion.

Saya sedih apabila sebilangan kita masih mempunyai tanggapan salah mengenai kewangan negara. Dan kerana kefahaman yang kurang tepat, kita telah kehilangan B$20 juta....Hoore Hoore!! (Lagu Allahyarham Sudirman)

Khamis, 2 Februari 2012

Berbelanja atau Tidak? Mmmm.....

Hari ini saya ada terbaca beberapa artikel dalam Brunei Times mengenai perbelanjaan Kerajaan. Satu artikel mengisahkan ketiadaan perbelanjaan Kerajaan dan satu lagi mengenai peningkatkan perbelanjaan Kerajaan. Apa yang ingin saya sampaikan adalah message atau pengajaran yang tersirat dari kedua-dua artikel tersebut.

Kita mulakan dengan kerunsingan penduduk Pekan Muara mengenai ketiadaan buruh dalam penjagaan keindahan Pekan Muara. Cerita sepenuhnya boleh kita baca melalui:

Dari cerita yang dipaparkan jelaslah kepada kita bahawa ketiadaan perbelanjaan Kerajaan telah membawa kesan negatif kepada para penduduk Pekan Muara. Sebagai salah satu "Pintu Laluan Utama" kemasukan pelancong ke dalam negara kita, ketiadaan perbelanjaan Kerajaan dalam menjaga alam persekitaran boleh memberikan pandangan atau tanggapan salah kepada para pelancong mengenai negara kita.

Selain daripada itu juga kegagalan kita untuk menjaga alam persekitaran yang bersih dan nyaman mata memandang boleh saja menjejaskan perkembangan perekonomian seperti halnya dengan Pekan Muara. Keadaan yang tidak terjaga boleh mematahkan semangat para pengunjung untuk datang ke Pekan Muara. Ini sudah setentunya akan menjejaskan para peniaga di sana dan juga sumber pendapatan mereka terutama sekali peniaga-peniaga tempatan kita. Ini belum lagi kita lihat impak yang terjadi dengan lebih jauh lagi seperti perkerjaan, sewa dan sebagainya.

Menyentuh pula mengenai peningkatan perbelanjaan Kerajaan, baru-baru ini pihak Kementerian Pertahanan telah bersetuju untuk melanjutkan dermasiswa ke peringkat serjana kepada beberapa penerima-penerima Skim Dermasiswa Pemerintah Tertinggi dan Skim Dermasiswa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Cerita sepenuhnya boleh kita baca seperti berikut:


Dengan persetujuan yang dibuat dan juga peningkatan perbelanjaan Kerajaan dalam memberikan peluang kepada mahasiswa tersebut untuk melanjutkan pembelajaran mereka, setentunya Negara kita akan mendapat rakyat yang lebih berkelibar. Ilmu yang mereka tuntut boleh saja disalurkan ke dalam negara terutama sekali dalam hal pembangunan modal insan. 

Kita boleh anggap saja bahawa peningkatan perbelanjaan Kerajaan ke atas mahasiswa ini sebagai perlaburan negara untuk jangka panjang. Dan ini adalah sesuai dengan usaha Kerajaan kita untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara zikir.

Dari kedua-dua kisah yang saya sampaikan maka jelaslah kita kenapa perbelanjaan Kerajaan adalah amat diperlukan. Bukan saja impaknya kepada individu atau perkumpulan akan tetapi impak besarnya secara keseluruhan kepada negara kita. Ini boleh kita lihat sendiri sebahagian daripada contoh perbelanjaan Kerajaan yang membawa impak positif kepada rakyat dan penduduk tetap negara kita:

http://www.bt.com.bn/news-national/2012/02/01/moh-gets-7-new-ambulances

Maka dalam kesempatan ini, sekali lagi saya menyeru agar pihak Kerajaan kita akan terus berbelanja dan jangan sama sekali kita segan silu untuk mengeluarkan peruntukan yang sewajarnya. Bukankah pada dasarnya wang Brunei itu adalah FREE kerana negara kita adalah sebuah Negara Monetari Berdaulat (Monetarily Sovereign Nation)! Jadi kenapa kita perlu resah dan gelisah untuk berbelanja.